Did You Know
✿Tahukah Anda ?
Setiap hari mata anda berkelip sebanyak kira-kira 15,000 kali. Tanpa anda sedari, setelah membaca tulisan ini, mata anda telah berkelip beberapa kali. Kemungkinan besar anda tidak pernah menyedarinya dan anda terus-menerus melakukannya.
✿Tahukah Anda ?
Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.
✿Tahukah Anda ?
Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
✿Tahukah Anda ?
Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
✿Tahukah Anda ?
Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.
SPAIN Juara EURO 2012 !
Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v
Memang lega gila tengok kemenangan SPAIN dalam EURO 2012 kali ni . Hebakkk ! Gempakkk ! Terbaikkk ! Tersempoi ! Teruja gua tengok diorang semua main tadi . haha .
Tak sia-sia lah kan gua melalak tengok bola semata-mata maw kasi lebih semangat untuk tewaskan ITALY ! huhu .
Siap buat muka kemain ganas gituuu . HAA . Mungkin disebabkan itu lah ada lah dalam 0.10 % punca kemenangan SPAIN hari ni . haha . Dengan 4 jaringan gol buat aku lebih rasa puas hati ahh . Italy , kaw hado ? hehe . peace . Jangan marah ! Cuba tahun depan ye ITALY !
OLD / NEW