|
Sarapan Orang Melayu :)
Thursday, February 23, 2012 | 12:12 AM | 0 star
Sarapan - Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.Contoh-II sarapan :- - Nasi Lemak- Aneka Nasi Goreng (Cina,Kampung) - Bihun Goreng - Bihun Soto (Ayam / Daging) - Mee/Kuew Teow/Bihun Sup (Ayam/Daging) - Nasi Himpit (Serunding, Rendang) Nasi Lemak - Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daunpandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi Goreng Cina - Nasi Goreng Cina ialah satu hidangan makanan Cina di Malaysia. Nasi goreng Cina ini memang popular dalam kalangan orang Melayu dan orang Cina. Bihun Goreng - Bihun goreng merupakan makanan yang biasa terdapat dalam menu mana-mana restoran. Ianya agak senang untuk dimasak. Cara memasak adalah sama dengan cara memasak mee goreng biasa. Cuma mee digantikan dengan bihun. Manakala bahan tambahannya pula boleh dipelbagaikan. Kita boleh memilih sama ada ingin masukkan ayam, udang, sotong atau daging. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Semua makanan-II melayu sedap-II . Wan rindu nak makan makanan melayu . Sekar pergi ketanah orang , Wan cuma makan daging masak minyak je , satu-II nya makannan melayu :) Mama cakap nak baud nasi lemak . Watch Out :) Bye Assalamualaikum |